kenali matjep

tentang diri matjep

Mohd Jefry Bin Abd Ghani atau lebih dikenali dengan panggil Matjep dilahirkan di Bahau Negeri Sembilan dan dibesarkan di Tumpat Kelantan sehingga berumur 15 tahun. Kemudiannya berpindah ke Bahau, Negeri Sembilan dan bersekolah di Sekolah Menengah Batu Kikir.

Selepas tamat bersekolah di Sekolah Menengah Batu Kikir, Matjep terus bekerja di sebuah syarikat pengangkutan rel seawal umur 18 tahun. Di situ beliau melanjutkan pelajaran keperingkat diploma dengan mengikuti program Diploma in Information Technology di Cosmopoint Institute of Information Technology secara separuh masa.

Akhirnya Matjep berjaya mendapatkan tempat untuk berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat di syarikat pengangkutan rel tersebut di Unit Technical Support. Dengan minat yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat (IT) ia telah menguatkan lagi semangat Matjep untuk mempelajari dan memahami selok belok bagi menjalankan online business terutamanya berkaitan produk digital. 

Selain daripada itu Matjep juga pernah mengikuti kursus-kursus berkaitan fotografi dan videografi serta pernah menyediakan perkhidmatan fotografi terutamanya fotografi perkahwinan.

Matjep seorang yang easy going dan mudah ramah dengan sesiapa sahaja yang baharu dikenalinya. Namun begitu, beliau mempunyai prinsip hidup yang mudah iaitu ‘kita tak kacau orang, harapnya orang pun tak kacau kita’.

Selamat berkenalan kepada semua yang singgah di laman Matjep.Com dan semoga kalian akan dapat sesuatu yang bermanfaat di sini.

Mutiara Kata

Bukan senang nak senang
Bukan susah nak susah

Kita hidup bukan untuk duit
Namun setiap perkara memerlukan duit

Kawan semasa kita senang sangat ramai
Dikala kita susah, semua kawan kita hilang

Berusahalah untuk berjaya kerana Allah
Bukan kerana manusia dan dunia semata-mata